Alhamdulillah jgk,yatt masih diberi peluang untuk mendekatiNya dalam mencari keredhaan Allah s.w.t. dalam hidup ini kadang2 kita tidak sedar betapa bnyak nikmat yang dikurnaikan kepada kita. Allah s.w.t. tidak pernah jemu memberi nikmat kepada kita walaupun kita sering melakukan dosa, melupakan tanggungjawab sebagai hamba ALLAH..syukur kita masih boleh bernafas, masih boleh melihat segala kebesaranNya.. hari ini yatt eringin sgt nak kongsi dengan kwan2 tentang penggunaan perkataan In Syaa Allah. yatt ada terbaca satu tulisan hamba ALLAH mengenai penggunaan kata ini.
Jadi, jika kita menulis Insya-Allah dalam tulisan Arab sebagai إنشاء الله, maka ia memberi maksud "menjadikan Allah", - Maha Suci Allah daripada bersifat demikian - dan ini adalah salah sama sekali, kerana Allah tiada makhluk yang menjadikanNya. Ia bersifat Azali, Qidam, Baqa'.
Jika demikian, maka tulislah Insya-Allah itu dengan إن شاء الله, bukannya إنشاء الله .
Jika demikian, maka tulislah Insya-Allah itu dengan إن شاء الله, bukannya إنشاء الله .
Allah berfirman dalam Al-Quran, ayat 23-24 dalam surah Al-Kahfi :
وَلاَ تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَلِكَ غَداً {23} إِلاَّ أَن يَشَاءَ اللَّهُ
Maksudnya "Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti". Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah".
ayuh la rakan2..jgan kita terus menggunakan tatabahasa utk pktaan In Shaa Allah setelah kita tahu kebenaran penggunaannya yang sebenar..
yang baik datang dari Allah s.w.t. yang buruk adalah dari diri saya sendiri..
*sekian. *